Sunday, December 22, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    300 pelanggan pertama bakal terima bagasi StanChart

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 SEPT – Seramai 300 pelanggan pertama akan menerima satu bagasi Standard Chartered (StanChart) secara percuma sempena kempen kad kredit terbaharu bermula hari ini hingga hujung tahun ini.

    Hanya mereka yang berjaya memohon kad kredit StanChart baharu dan membuat perbelanjaan minimum yang ditetapkan semasa tempoh promosi akan layak menerima bagasi StanChart secara percuma.

    Pemohon yang berjaya juga akan menikmati pengecualian yuran tahunan selama empat tahun untuk kad utama dan tambahan.

    Kad kredit StanChart diiktiraf dan diterima di seluruh dunia serta menawarkan pelbagai manfaat dan keistimewaan sambil memastikan transaksi yang selamat melalui sistem pengawasan penipuan yang kukuh, menjadikannya teman terbaik untuk perjalanan.

    Ketua Runcit, Produk dan Digital, Aisah Razali berkata, “Kad kredit StanChart sinonim dengan pengiktirafan global dan kebolehpercayaan yang bukan saja hampir diterima di seluruh dunia, tetapi ia juga dilindungi dengan rangka kerja pengawasan penipuan StanChart dan ciri-ciri pengurusan yang mudah melalui perbankan dalam talian dan aplikasi mudah alih yang memenangi anugerah.

    Gambar Canva

    Selain itu, kad kredit StanChart juga menawarkan beberapa keistimewaan terbaik yang digabungkan dengan program mata ganjaran yang paling mudah di pasaran. StanChart percaya setiap pengguna kad kredit yang bijak harus sentiasa mempunyai kad kredit StanChart untuk semua keperluan pembayaran pelanggan.
    .

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda