BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JULAI – Kira-kira 300 warga Sekolah Fairview yang terdiri daripada murid-murid, guru-guru, kakitangan, serta keluarga telah menyertai acara Fairview Walk 2025, baru-baru ini.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengarah Urusan Sekolah Fairview, Dato Seri Laila Jasa Haji Ahmad bin Dato Paduka Matnor. Turut hadir Pengarah Eksekutif Akademik, Datin Paduka Hajah Fatimah binti Dato Paduka Haji Mohd Husain; Pengerusi dan penolong pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Awang Fahrul Razzi bin Pandin dan Awang Mohd Khairul Shahrul bin Haji Duahim.
Acara berkenaan diadakan bagi mendukung objektif Kementerian Kesihatan iaitu Kesihatan Adalah Tanggungjawab Semua.
Acara dimulakan dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Guru Agama Sekolah Fairview, Awang Mohd Abdul Aiman bin Abdul Wahab. Seterusnya, sesi pemanasan badan diadakan di pekarangan sekolah sebelum memulakan acara berjalan kaki sepanjang 2.8km bagi murid-murid peringkat rendah. Murid Kindergarten pula berjalan kurang daripada 1km. Laluan perjalanan melibatkan kawasan sekeliling Kampung Manggis dan sekitarnya.
Penglibatan ibu bapa dalam acara tersebut mencerminkan sokongan dan dorongan mereka terhadap aktiviti yang diadakan oleh pihak sekolah. Di samping bersenam, beriadah dan meluangkan masa bersama sekali gus mengeratkan hubungan di antara guru-guru dan ibu bapa.
Acara juga diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang walkaton bagi murid-murid yang berjaya menamatkan perjalanan dengan cepat ke garisan penamat. Kategori Kindergarten dimenangi oleh Janella C Pamintuan. Pemenang kategori Rendah Bawah bagi lelaki dan perempuan ialah Awang Abdul Qhairan Arsyad bin Razali dan Dayang Ranaa Nadiyah binti Mohammad Fithridza.
Sementara itu, Awang Muhammad Akil Zakee bin Fahrul Razzi dan Dayang Raima Nayyirah binti Mohammad Fithridza memenangi kategori Rendah Atas. Acara juga diserikan dengan cabutan bertuah. Pemenang hadiah utama dimenangi oleh Dayangku Nurrahidah binti Pengiran Haji Abdul Rahim membawa pulang TV 32 inci.
Semua di atas: Antara suasana semasa acara berkenaan.
Semua di atas: Antara hadiah yang dimenangi semasa acara berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN SEKOLAH FAIRVIEW