Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    3,000 bantah reformasi persaraan

    MOSCOW, 23 Sept – Kira-kira 3,000 orang mengadakan tunjuk perasaan di Moscow semalam menentang rancangan kerajaan untuk meningkatkan umur persaraan, yang mencetuskan kemarahan awam.

    Cadangan untuk meningkatkan umur persaraan kepada 60 tahun bagi wanita dan 65 tahun bagi lelaki telah menyebabkan sejumlah penduduk melakukan bantahan dan menyaksikan rating Presiden Vladimir Putin terjejas teruk.

    Penunjuk perasaan berjalan melalui sebuah avenur di tengah ibu negara Rusia dengan membawa plakad bersama gambar-gambar pegawai atasan, termasuk Perdana Menteri Dmitri Medvedev, dengan melaungkan slogan seperti ‘Musuh Orang Ramai’ dan ‘Memalukan’.

    Kementerian Dalam berkata kira-kira 3,000 orang menyertai bantahan itu, satu jumlah yang disahkan oleh wartawan AFP yang berada di sana. Bantahan terbaharu itu hadir selepas ratusan orang ditangkap awal bulan pada satu tunjuk perasaan seluruh negara menentang reformasi kontroversi itu.

    Bantahan itu disokong oleh pemimpin pembangkang, Alexei Navalny, yang ketika ini berada di penjara. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda