Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    3,000 buah rumah berisiko dibanjiri

    CHRISTCHURCH, NEW ZEALAND, 30 MEI – Pihak berkuasa New Zealand mengumumkan darurat kecemasan di wilayah Canterbury hari ini, ketika rantau itu dibadai hujan lebat yang boleh memaksa ribuan orang meninggalkan rumah mereka.

    Pemangku Menteri Pengurusan Kecemasan, Kris Faafoi, yang mengunjungi bahagian selatan yang dilanda teruk di kawasan itu, berkata kira-kira 3,000 buah rumah berisiko dan tentera telah dikerahkan untuk membantu pemindahan jika perlu.

    “Hujan akan turun sekitar kawasan tersebut sehingga esok. Ia akan membawa hujan lebat dan pihak berkuasa akan memantau paras sungai malam ini,” kata Faafoi.

    Jabatan Meteorologi New Zealand telah mengeluarkan amaran ‘merah’ bagi kawasan tersebut, dengan jangkaan kira-kira 300 milimeter hujan turun di kawasan pedalaman.

    Di pantai Christchurch, bandar utama di Canterbury, biro kaji cuaca meramalkan kira-kira 100mm hujan akan turun, melebihi jumlah purata bulanan bagi Mei.

    Penguasa kumpulan pengurusan kecemasan Pertahanan Awam Canterbury, Neville Reilly memberitahu akhbar New Zealand, Herald bahawa darurat kecemasan telah diumumkan kerana pihak berkuasa tidak mahu mengambil risiko.

    “Terdapat banyak rancangan luar jangkaan berlaku oleh itu jika sesuatu tidak disangka berlaku, kami bersedia bertindak untuk menyelamatkan orang ramai dan membawa mereka ke tempat lain,” katanya.

    Neil Brown, datuk bandar Ashburton berkata kira-kira 4,000 orang di bandar itu mungkin digesa untuk berpindah jika Sungai Ashburton melimpahi tebingnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda