Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    3,000 karton rokok seludup dirampas

    SINGAPURA, 25 Ogos – Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) merampas 3,000 karton rokok tidak dibayar duti dalam sebuah trak berdaftar di Malaysia bersama pemandunya juga dari negara itu pada awal pagi semalam (Khamis).

    Menurut kenyataan dikeluarkan ICA, rokok tersebut ditemukan tersembunyi antara konsainan yang diisytiharkan mengandungi beraneka jenis biskut.

    Lelaki yang berusia 33 tahun itu, rokok dan trak tersebut kemudiannya telah dibawa ke Jabatan Kastam Singapura untuk siasatan lanjut.

    Jika disabit kesalahan kenderaan yang digunakan itu boleh dilucutkan hak.

    Jumlah duti dan Cukai Barang dan Perkhidmatan yang cuba dielakkan kira-kira S$232,800 (S$1=RM3.15) dan S$17,250, kata pihak berkuasa. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda