Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    30,000 kediaman zon gempa akan dibina

    ANKARA, 15 FEB – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata pihak berkuasa akan memulakan pembinaan 30,000 bangunan kediaman di zon gempa bumi pada Mac, lapor Sputnik.

    “Kami akan segera memulakan kerja pembinaan sebaik sahaja penilaian kerosakan selesai. Mulai awal Mac, kami akan memulakan pembinaan 30,000 bangunan kediaman.

    “Matlamat kami adalah untuk menyiapkan pembinaan beberapa bangunan berkualiti tinggi dan selamat dalam tempoh setahun yang akan menyelesaikan masalah perumahan di zon berkenaan,” katanya.

    Erdogan berkata 98 peratus bangunan yang runtuh akibat gempa bumi baru-baru ini telah dibina sebelum 1999. – Bernama

    Penduduk duduk dan berdiri di sekitar bangunan yang runtuh akibat gempa bumi di Golbasi, wilayah Adiyaman, selatan Turkiye baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda