Saturday, April 19, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    31 kanak-kanak YASKA diraikan pada sambutan Syawal

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 APRIL – Seramai 31 kanak-kanak dari Yayasan Kanser Kanak-kanak (YASKA) petang tadi telah meraikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Hotel Mulia, Anggerek Desa, Berakas.

    Turut hadir ialah ahli keluarga kanak-kanak YASKA dengan memakai baju Hari Raya terbaik mereka.

    Majlis berkenaan merupakan salah satu daripada projek YASKA dalam meneruskan usahanya bagi mewujudkan kasih sayang dan keprihatinan kepada mereka yang kurang bernasib baik serta memerlukan bantuan.

    Pelbagai aktiviti serta permainan turut disediakan bagi meraikan serta memeriahkan lagi majlis berkenaan di samping bagi menceriakan kanak-kanak YASKA lebih-lebih lagi dalam meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

    Menurut YASKA, Setakat ini lebih 11 kanak-kanak penghidap kanser di negara ini sedang menjalani rawatan.

    Majlis berkenaan dijayakan dan ditaja oleh Ideal, Restoran Lamee, dan Restoran Jia Xiang Wi.

    Kanak-kanak YASKA diraikan pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Antara yang hadir di majlis tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Para tetamu yang hadir bergambar ramai. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda