QUITO, 10 NOV – Pihak berkuasa melaporkan sekurang-kurangnya 27 banduan ditemui terbunuh akibat lemas pada petang kelmarin di sebuah penjara di Ecuador, di mana rusuhan bersenjata pada pagi sama turut meragut empat nyawa dan mencederakan puluhan lagi.
Dalam kenyataan, pihak penjara berkata 27 individu yang ditemui mati di Penjara Machala, wilayah El Oro, ‘kebanyakan mereka telah mengalami asfiksia yang menyebabkan kematian serta-merta akibat digantung.”
Pihak berkuasa berkata mereka masih berusaha untuk ‘menjelaskan fakta sepenuhnya’ dan kakitangan perubatan forensik berada di lokasi untuk mengesahkan maklumat.
Kejadian yang meragut nyawa di penjara Machala menandakan gelombang terbaharu pergolakan penjara di negara Amerika Selatan itu. – AFP

