Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    31 orang tampil derma darah

    Oleh Pg Fairol RMF

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Okt – Sebagai salah satu sumbangan dan komitmen kepada masyarakat di negara ini, BIACC Sdn Bhd telah menganjurkan Hari Pendermaan Darah 2018 di Terminal Kargo Udara BIACC, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas, hari ini.

    Acara berkenaan dibukakan kepada para pegawai dan kakitangan syarikat yang merupakan syarikat berkaitan dengan aset kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, agensi-agensi kerajaan, syarikat keselamatan serta syarikat-syarikat penghantaran kargo udara yang beroperasi di terminal berkenaan.

    Seramai 31 orang telah mendermakan darah pada acara berkenaan yang dilaksanakan dengan kerjasama serta sokongan padu daripada para pegawai Bahagian Tabung Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Kementerian Kesihatan, para pegawai dan kakitangan BIACC Sdn Bhd serta mana-mana pihak yang sama-sama terlibat dalam menjayakan projek Hari Pendermaan Darah BIACC 2018.

    Antara tujuan acara tersebut adalah untuk mencapai atau memberikan impak positif pada secara keseluruhannya di samping memaksimumkan kewujudan perkongsian nilai bagi syarikat dan para pekerjanya.

    Antara penderma yang menyertai kempen derma darah yang diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas, kelmarin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda