Oleh Daniel Lim –
BELAIT, 9 MEI – Sebanyak 31 pain darah berjaya dikumpul semasa kempen derma darah yang dianjurkan oleh Megamas Training Company Sdn Bhd hari ini di ibu pejabat utama mereka di Kuala Balai sempena memperingati kejayaan tanpa kehilangan masa kecederaan (LTI) ke-35 syarikat.
Seramai 31 orang tampil menderma darah dalam kempen yang dijalankan dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait.
Hadir untuk menyelia kempen ialah Timbalan Pengurus Besar, Haji Mahmud bin Haji Idris; Pengurus Operasi, Awang Mohd Roshawadin bin Kamaluddin dan Penasihat Eksekutif, Awang Mohd Roger Ainsworth.
Selain itu, penderma darah turut menerima cenderahati kecil bagi memperingati penyertaan mereka dalam kempen itu.
Megamas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menyumbang ke arah kejayaan kempen itu.