Thursday, March 20, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    31 PATI termasuk kanak-kanak ditahan

    LABUAN, 27 OGOS – Jabatan Imigresen menahan 31 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk kanak-kanak dari Filipina dalam operasi di Skim Penempatan Masyarakat Pelarian (SPMP) Kiamsam pada Sabtu lepas.

    Pengarah Jabatan Imigresen Labuan Asani Ladjani berkata operasi yang diadakan pada 1:30 hingga 2:30 pagi itu melibatkan 35 anggota penguat kuasa.

    Katanya mereka yang ditahan ialah 10 wanita, 10 lelaki dan 11 kanak-kanak berumur antara lima dan 55 tahun, kesemua mereka dihantar ke Pusat Tahanan Sementara di Kimanis Papar, Sabah untuk tindakan lanjut.

    “Kesemua mereka direman 14 hari dan disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1956/63,” katanya dan menambah serbuan itu bukan pertama kali dilakukan di penempatan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda