Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    31 pegawai, kakitangan terima pingat

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JULAI – Seramai 31 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya telah diraikan dan menerima Pingat Kerja Lama (PKL) dalam Majlis Penyampaian Pengurniaan PKL Negara Brunei Darussalam sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-77 Tahun bagi 2023 yang berlangsung di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan MTIC, kelmarin.

    Hadir bagi menyempurnakan penyampaian pingat-pingat berkenaan ialah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha.

    Dalam majlis yang dikelolakan oleh Jabatan Penerbangan Awam itu, seramai 31 orang pegawai dan kakitangan telah menerima PKL yang terdiri daripada lima orang penerima dari MTIC, seorang penerima dari Jabatan Pengangkutan Darat, 13 orang penerima dari Jabatan Penerbangan Awam, dua orang penerima dari Pusat Kebangsaan E-Kerajaan, sembilan orang penerima dari Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD) dan seorang dari Jabatan Kajicuaca.

    Majlis itu diadakan sebagai pengiktirafan dan penghargaan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada pegawai dan kakitangan yang telah berkhidmat lebih daripada 20 tahun bagi mengenang jasa dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan.

    Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi ketika menyampaikan PKL kepada para penerima. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda