BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jun – Seramai 31 orang pemandu dari 28 buah syarikat pengangkutan dikenakan kompaun antara $50 hingga $150 kerana beberapa kesalahan termasuk membawa muatan berlebihan, membawa muatan berguguran dan membawa barang mengunjur keluar yang membahayakan serta tayar botak.
Selain kompaun, pemandu-pemandu ini juga dikenakan mata demerit SiKAP berdasarkan kesalahan-kesalahan ini dalam operasi bergerak Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) yang diadakan pada 21 hingga 24 Mei dan 26 Mei lalu di beberapa batang jalan raya di negara ini.
Pemandu-pemandu dan syarikat yang dikenakan kompaun serta demerit SiKAP ialah Rukman dan Agus Ary Antanto dari Syarikat Tienteng Forwarding, Heri Sumitro dari Syarikat Haji Zaini Haji Mohd Zain, Panang Anak Entong dari Bayu Ilham Motor Sdn Bhd, Anukun On Samrung dari Swee Sdn Bhd, Saravan Tamil Mani dari Awinco Sdn Bhd, Ahmad Amirul Hassan bin Masad dari Athir Transport Co, Agus Heru Purwadi dari Hock Hin Trading Co, Mohd Anawar Hossain Abdul Munaf dari Syarikat Koperasi Tasamul, Winter Agusty @ Yusuf dari Syarikat TKF Maxiwood Furniture, Kaneh Haji Sapuloh dari Syarikat Rison eGneral Supplier Sdn Bhd, Edi Widiantoro dari Syarikat Questone Sdn Bhd, Muhidin Rohman dari Syarikat Union Energy Sdn Bhd, Mohammad Qulzar dari Syarikat Fian Trading Co, John Varung dari Syarikat Low San Hardware, Aukun Onbamrung dari Syarikat Swee Sdn Bhd, Ahmad bin Abdullah @ Yong Nyuk Shiok dari Boon Kiat Benswa Contractors, Ahmad Sukurman dan Chan Kui Yu dari Qstone Sdn Bhd yang ditahan dalam operasi 21 Mei.
Manakala dalam operasi 24 Mei pula mereka yang ditahan terdiri daripada Sariyono dan Lukman Hakim dari Syarikat Foundation Contractor and Engineering Sdn Bhd, Ala Uddin dari Syarikat Salsadil Sdn Bhd, Hari Purwanto dari Tiong Jaya Furniture, Zakir Hossain Khan Marfat Ali dari Syarikat KBA Sdn Bhd, Sukhdeep dari Decobrit Sdn Bhd, Thanachai Khamsingwong dari Nas Concrete Sdn Bhd, Abdul Ghani Kamaruddin dari Seegood Company dan Macha Anak Berinau dari Perkhidmatan Pengangkutan Lakujaya.
Bagi operasi 26 Mei pula, Hasibiullah dari Malawaring Enterprise, Omar Faruk dari Majid Khan Enterprise dan Mohd Aslan dari Attic Decoration Co dikompaun.