Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    31 terima surat lantikan AJK takmir masjid

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Seramai 31 orang telah menerima surat lantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam bagi sesi 2024-2026 yang diadakan di masjid berkenaan, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan juga menyampaikan sijil dan surat lantikan kepada penerima ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

    Menurut kenyataan, pelantikan berkenaan setentunya merupakan komitmen AJK dalam menjayakan aktiviti takmir masjid kerana setiap kejayaan tidak akan dapat dicapai jika hanya satu pihak saja yang bergerak secara sendirian.

    Justeru dengan kerjasama kedua-dua pihak, ia akan menjadikan sesebuah masjid menjadi gilang-gemilang dengan pelbagai aktiviti takmir mereka.

    Pentakmiran masjid juga bukan hanya dengan memperbanyakkan aktiviti berbentuk peraduan dan pertandingan tetapi meliputi pentakmiran secara keseluruhan khususnya aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pelaksanaan ibadah seperti sembahyang lima waktu, kuliah-kuliah ilmu dan lain-lain lagi yang bermanfaat.

    Pengimarahan masjid bukanlah suatu yang mudah dan bukan hanya menjadi tanggungjawab pegawai masjid sahaja, tetapi juga AJK takmir masjidnya.

    Antara yang menerima surat lantikan AJK Takmir Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda