Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    31,000 tentera Ukraine terbunuh dalam perang dengan Rusia – Presiden Ukraine

    ANKARA, 26 FEB – Seramai 31,000 tentera Ukraine telah terbunuh dalam perang antara negara itu menentang Rusia, kata Presidennya Volodymyr Zelenskyy, kelmarin.

    Bercakap pada sebuah forum di ibu negara Kyiv, Zelenskyy menafikan bahawa seramai 300,000 tentera Ukraine terbunuh dalam perang sejak dua tahun lepas seperti dakwaan Presiden Rusia, Vladimir Putin, lapor Agensi Anadolu.

    “Tetapi setiap kehilangan ini adalah satu kerugian besar bagi kami,” katanya pada forum bertajuk “Ukraine Year 2024″.

    Zelenskyy tidak mendedahkan bilangan tentera Ukraine yang cedera, menegaskan dengan berbuat demikian akan membantu perancangan tentera Rusia.

    Ia adalah kali pertama Kyiv mengesahkan bilangan kematian dialami negara itu sejak Moscow melancarkan ‘operasi ketenteraan khas’ ke atas negara itu pada 24 Februari 2022. – Bernama

    Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menjawab soalan media semasa sidang akhbarnya di Kyiv, Ukraine, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...