Tuesday, March 18, 2025
22.7 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

312 anak kelainan upaya ABDB terima sumbangan

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MAC – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan kepada 312 anak-anak anggota ABDB yang berkelainan upaya sempena bulan suci Ramadan di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan baru- baru ini.

Majlis berkenaan dimulakan dengan bacaan Sayidul Istighfar, Surah Al-Fatihah, Zikir Munajat, Asmaul Husna, Selawat Syifa dan Doa Selamat oleh Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar dan diikuti dengan penyampaian sumbangan, sesi berbuka puasa serta diakhiri dengan Solat Fardhu Maghrib berjemaah di surau yang telah dikhaskan.

Sumbangan tersebut telah disampaikan bersama oleh Pemerintah ABDB, Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan dan isteri, Yang Di-Pertua Persatuan Kebajikan Isteri (BAKTI) ABDB, Yang Mulia Datin Ummisyafinah binti Haji Zaini.

Sumbangan derma adalah berupa wang tunai daripada Tabung Kebajikan ABDB, kutipan daripada surau-surau ABDB dan sumbangan daripada BAKTI ABDB.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB dan pegawai-pegawai kanan berserta isteri yang juga menyampaikan pengagihan sumbangan secara serentak kepada unit masing-masing.

Majlis berkenaan adalah sebahagian daripada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang diadakan setiap tahun, sebagai tanda pemedulian dan komitmen ABDB dalam menghulurkan bantuan kepada anak-anak yang berkelainan upaya.

Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi semasa menghadiri majlis berkenaan.

 Antara suasana semasa majlis berkenaan.- GAMBAR-GAMBAR SERAHAN ABDB

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda