
FREETOWN, 15 Ogos – Sekurang-kurangnya 312 orang terbunuh dan 2,000 lagi terpaksa meninggalkan rumah mereka hari ini semalam apabila hujan lebat melanda ibu negara Sierra Leone, Freetown, dengan mesin pengorek menggali keluar mayat-mayat dari runtuhan dan memenuhi rumah mayat.
Seorang wartawan AFP melihat beberapa rumah tenggelam dalam kampung Regent, sebuah komuniti pergunungan dan mayat-mayat terapung dalam air di kawasan Lumley West bandar itu, ketika presiden memberi jaminan perkhidmatan kecemasan sedang melakukan apa sahaja yang boleh untuk menangani salah satu bencana alam sekitar paling dahsyat pernah melanda bandar itu.
Jurucakap Palang Merah, Patrick Massaquoi memberitahu AFP, angka kematian ketika ini adalah 312 orang, namun mungkin bertambah lagi ketika pasukannya terus meninjau kawasan bencana di Freetown dan mengira jumlah kematian.
Ikuti berita lanjut dalam Media Permata.