Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    32 anggota SPSS didedah ilmu keselamatan umum

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OKT – Seramai 32 pegawai dan kakitangan Setia Protective Security Services (SPSS) menghadiri Taklimat Life Saver 995, yang dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam, Cawangan Operasi F yang berlangsung di Unit Latihan Kompleks SPSS, Kampung Jerudong pada 19 Oktober lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, para peserta didedahkan dan diterapkan dengan ilmu pengetahuan keselamatan umum jika berada dalam situasi kebakaran, banjir, ribut, ketika mendaki bukit, berenang di pantai dan juga menjalankan tugas, meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran serta memupuk rasa tanggungjawab dan mengambil berat mengenai aspek keselamatan kebakaran.

    Mereka juga diberikan tunjuk cara menggunakan alat pemadam api dengan cara yang betul secara teori dan kelas api serta juga ditunjuk ajar tata-cara mengangkat mangsa jika berlaku kebakaran.

    JBP dalam kenyataan itu juga menyatakan bahawa pihak jabatan ada menyediakan program-program keselamatan seperti Taklimat Keselamatan Kebakaran dan Kursus Marsyal Bomba bagi mereka yang ingin mengetahui aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi menggunakan alat pemadam api. Manakala itu, jika berlaku sebarang insiden kecemasan, orang ramai boleh menghubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

    Anggota bomba dan penyelamat memberikan tunjuk ajar tatacara menyelamatkan mangsa jika berlaku kecemasan. – Gambar serahan JBP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda