Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    32 keluarga dipindahkan susulan banjir lahar sejuk di Jawa Timur

    JAKARTA, 19 APRIL – Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru kelmarin.

    Limpahan lahar sejuk berlaku selepas hujan sederhana hingga lebat di kawasan Gunung Semeru sepanjang petang, menyebabkan Lembangan Sungai Regoyo melimpah dan membanjiri kawasan penempatan berhampiran.

    Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Lumajang telah mengerahkan sebuah bot untuk mempercepatkan proses perpindahan selepas banjir itu merosakkan tiga jambatan dan jalan utama dinaiki air.

    Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) telah meminta pihak berkuasa tempatan melaksanakan langkah mitigasi dengan memantau potensi taburan hujan secara berkala.

    Jurucakap BNPB, Abdul Muhari menekankan kepentingan menjaga penduduk dan pengunjung di sekitar Lembangan Sungai Regoyo untuk meminimumkan kesan sekiranya berlaku banjir lahar yang berulang.

    Gunung Semeru, satu daripada gunung berapi aktif di Indonesia, meletus pada Jumaat pukul 6:45 pagi waktu tempatan dengan memuntahkan kepulan abu se-hingga 500 meter ke udara dari atas kawah. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...