Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    32 kereta berkonvoi sempena Hari Keputeraan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JULAI – Sempena menyemarakkan lagi Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam ke-78, Kelab Benzer mengadakan Acara Konvoi yang disertai sebanyak 32 buah kenderaan jenis Mercedes Benz dan gabungan dari kelab BMW (BGT) kelmarin.

    Aktiviti konvoi ini bertujuan untuk meningkatkan serta menanamkan kesetiaan, semangat cintakan raja, negara dan tanah air serta mengeratkan silaturahim sesama ahli Kelab Benzer dan juga memupuk kerjasama dan persahabatan dengan lebih mantap. Tambahan lagi, ia adalah merupakan program tahunan kelab tersebut.

    Program konvoi berkenaan bermula dengan ucapan dari Yang Dipertua Kelab, Awang Abusophian Hj Ismail, diikuti oleh taklimat keselamatan, bacaan Doa, dan sesi bergambar ramai sebelum memulakan konvoi.

    Seterusnya perjalanan konvoi bermula dari Jerudong Park ke Pantai Seri Kenangan Tutong sebelum diteruskan lagi ke Pantai Kg Penanjong dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

    Gambar ramai oleh semua peserta konvoi berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda