Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    32 pain darah dikumpulkan

    Oleh Mu’min Karim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporatnya untuk membantu menambah bekalan darah, SCR Xpress telah menganjurkan kempen derma darah di cawangan Citis Square, Berakas, kelmarin.

    Dianjurkan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), kempen tersebut telah berjaya mengumpul sebanyak 32 pain darah.

    Pengurus SCR Xpress, Florence Nava menyatakan bahawa kempen berkenaan adalah sebahagian daripada aktiviti sumbangan tahunan sempena sambutan ulang tahun penubuhannya yang ke-9, namun pandemik telah menyebabkan aktiviti berkenaan terhenti selama dua tahun.

    Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada pasukan perubatan dari Pusat Pendermaan Darah atas usaha mereka dalam menjayakan kempen tersebut.

    Antara pengunjung yang menderma darah semasa kempen berkenaan di Citis Square.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda