Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    32 pegawai, wartawan NZ dilarang masuk Rusia

    MOSCOW, 31 JULAI – Rusia hari ini melarang 32 pegawai dan wartawan New Zealand daripada memasuki wilayahnya, sebagai tindak balas kepada langkah serupa diambil Wellington terhadap Moscow berhubung serangannya di Ukraine.

    Kementerian Luar Rusia dalam kenyataan berkata, antara disekat ialah Datuk Bandar Wellington, Andrew Foster; Datuk Bandar Auckland, Philip Goff; Komander Tentera Laut New Zealand, Garin Golding dan wartawan Kate Green serta Josie Pagani.

    Keputusan itu katanya diambil ‘sebagai tindak balas terhadap sekatan Kerajaan New Zealand yang semakin menjejaskan warga Rusia’.

    Campur tangan Rusia di Ukraine pada Februari lalu, mencetuskan sekatan Barat yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dan Moscow sudah bertindak balas terhadap langkah sama. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda