Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan UNISSA
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Sebagai pendedahan awal kepada para pelajar undang-undang mengenai peranan Unit Perundangan Islam (UPI), Persatuan Mahasiswa Syariah dan Undang-undang (SHALAWSOC), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) mengadakan lawatan ilmiah ke UPI, Kementerian Hal Ehwal Ugama di Dewan Multaqa, Kementerian Hal Ehwal Ugama, baru-baru ini.
Seramai 32 orang peserta menyertai lawatan berkenaan yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Sarjana Muda Fiqh dan Kehakiman dan Sarjana Muda Fiqh dan Usul.
Semasa lawatan tersebut, rombongan pelajar disambut oleh pegawai dan kakitangan UPI.
Dalam lawatan itu, pihak UPI turut menayangkan video pendek yang memaparkan tentang suasana dan fasiliti yang terdapat di tempat berkenaan.
Lawatan diteruskan dengan ucapan ringkas daripada Pemangku Penolong Pengarah UPI, Dayang Mahani binti Haji Suhaili dan kemudian diteruskan dengan sesi taklimat.
Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati dari SHALAWSOC, diikuti dengan sesi kuiz bagi para peserta.