Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    32 peminat basikal buat kayuhan sekitar bandar       

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JUN – Sempena memeriahkan sambutan Hari Raya Aidiladha, satu aktiviti berbasikal telah dianjurkan oleh gabungan peminat-peminat basikal dari seluruh negara baru-baru ini.

    Seramai 32 peserta yang terdiri daripada 29 lelaki dan 3 wanita dan diketuai oleh Haji Abd Rahman bin Sabar dan Zainal bin Haji Jumat telah membuat kayuhan sejauh lebih 34 kilometer bermula dari kawasan Bandarku Ceria di Bandar Seri Begawan ke beberapa kawasan lain.

    Laluan kayuhan termasuk Jalan Batu 1, Jalan Istana Nurul Iman, Jalan Medawa, Jalan Bengkurong, Jalan Kampung Lumapas, Jambatan RIPAS dan berakhir di kawasan Eco Koridor.

    Menurut penganjur, tujuan utama aktiviti berkenaan adalah untuk menggalakkan gaya hidup sihat serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan peserta terutamanya golongan veteran dan warga emas termasuk peserta tertua berusia 79 tahun.

    Aktiviti berkenaan akan diteruskan lagi ke tiga daerah lain setiap minggu sepanjang bulan Jun, iaitu pada 15 Jun di Daerah Tutong, 22 Jun di Daerah Belait dan 29 Jun di Daerah Temburong.

     Semua di atas: Antara gambar ramai semasa aktiviti tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda