Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    32 sertai pesta liar ditahan dalam Operasi Halloween

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 NOV – Biro Kawalan Narkotik (BKN) menerusi Operasi Halloween telah menyerbu satu inap desa yang digunakan untuk menganjurkan pesta bertemakan Halloween di Kampong Tagap, Mukim Sengkurong pada awal November 2025. Seramai 32 golongan muda dalam lingkungan umur 22 hingga 38 tahun telah ditahan dari 57 orang pengunjung pesta kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

    Hasil penganalisaan awal menggunakan mesin alat pengesan dadah, operasi ini telah merampas tiga jenis dadah terkawal iaitu 24.99 gm Ketamine, 31.04 gm Ecstasy dan satu) biji pil Erimin 5.

    Secara keseluruhan dianggarkan bernilai lebih dari BND2,500 di pasaran tempatan dan boleh menampung sekurang-kurangnya 200 orang pengguna.

    Turut dirampas ialah, wang tunai berjumlah BND1,785 dan sebuah kenderaan dipercayai tebabit dalam dari kegiatan pengedaran dadah serta peralatan untuk membungkus dadah seperti, paket lutsinar kecil, potongan straw dan alat timbangan digital.

    Selain daripada dadah terkawal, minuman keras, rokok dan rokok elektronik atau vape turut dijumpai dan dirampas. Kes ini telah diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja bagi siasatan lanjut.

    Melalui serbuan ini, BKN telah mendapati adanya perkumpulan haram dan aktiviti sosial yang melanggar undang-undang negara dan bercanggahan dengan agama dan budaya seperti penyalahgunaan dadah, meminum minuman keras dan aktiviti yang kurang bermoral.

    Siasatan yang dijalankan mendapati bahawa pesta ini dianjurkan oleh salah seorang yang ditangkap yang menyewa satu inap desa di Kampung Tagap bagi tujuan mengadakan pesta dengan mengenakan bayaran masuk sebanyak BND15 di samping menjual pelbagai jenis dadah seperti Ketamine, Ecstasy dan Erimin 5.

    Hasil siasatan juga mendapati bahawa sebahagian daripada yang ditahan merupakan golongan yang berijazah dan dua daripada mereka merupakan anggota pasukan beruniform.

    Dalam pada itu, BKN menyeru para belia agar sentiasa berfikir secara rasional dan menjauhi persekitaran sosial yang boleh mendedahkan mereka kepada aktiviti yang menyalahi undang-undang dan memberi kesan negatif jangka panjang termasuk rekod jenayah serta peluang di masa hadapan. Pemilik-pemilik premis juga diingatkan untuk lebih peka dengan tujuan penyewaan premis atau inap desa dan memastikan ianya tidak digunakan untuk sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.

    Dalam kesempatan ini, BKN ingin merakamkan penghargaan atas bantuan dan kerjasama dari agensi-agensi penguatkuasaan yang menyumbang kepada kejayaan operasi ini

    Semua di atas: Antara yang ditahan semasa operasi tersebut.

    Atas & Bawah: Antara barang bukti yang dirampas.
    GAMBAR – GAMBAR SERAHAN BKN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda