Sunday, March 23, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    33 ahli Alumni UNISSA sertai mesyuarat agung

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JAN – Seramai 33 orang Alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menghadiri Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Alumni UNISSA secara fizikal dan maya yang berlangsung di Bilik Pusat Latihan L1.3, UNISSA pada 17 Disember lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Alumni UNISSA, di sini, mesyuarat itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Alumni (JKEPA) UNISSA 2021/2023 bagi membuat undian pencalonan baharu sekali gus melantik ahli Jawatankuasa JKEPA UNISSA Sesi 2023/2025 serta pembubaran ahli-ahli sesi 2021/2023.

    Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh Yang Di-Pertua (YDP) JKEPA UNISSA Sesi 2021/2023, Haji Muhammad Dzulhilmi bin Haji Moharefandi dan dihadiri oleh ahli-ahli Jawatankuasa JKEPA UNISSA sesi 2021/2023 yang lain dan ahli-ahli Alumni UNISSA.

    Mesyuarat dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Haji Muhammad Dzulhilmi yang memberikan sedikit pengenalan mengenai Persatuan Alumni UNISSA.

    Kemudian, mesyuarat diteruskan dengan pembentangan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan belanjawan oleh JKEPA UNISSA sepanjang dua tahun yang disampaikan oleh Setiausaha JKEPA UNISSA Sesi 2021/2023, Awang Mohd Hisyamuddin bin Mohamad Ali dan Bendahari JKEPA UNISSA sesi 2021/2023, Awang Ahmad Hassanul Fikri bin Asmalee.

    Majlis kemudian menyaksikan pengundian calon-calon yang terpilih oleh warga alumni bagi dilantik menjadi ahli JKEP UNISSA 2023/2025 di mana hasil undian, Dr Mohd Yadiy bin Haji Mat Yassin, alumni tahun 2018 dan 2023 dinobatkan sebagai YDP JKEPA UNISSA 2023/2025; Haji Mohd Ifwat bin Haji Mohd Jane, alumni tahun 2023 sebagai Naib Yang Di-Pertua 1; dan Dayang Nazihatul Afifah binti Haji Abdul Hamid, alumni tahun 2019 sebagai Naib Yang Di-Pertua 2.

    Sebagai penutup kepada mesyuarat, Haji Muhammad Dzulhilmi mengucapkan tahniah kepada semua ahli-ahli JKEPA UNISSA yang baharu dan berharap supaya generasi seterusnya akan dapat menjalankan tugas serta tanggungjawab yang diberikan dengan baik dan jayanya.

    Beliau juga merakamkan penghargaan kepada ahli-ahli sesi 2021/2023 yang menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan sepanjang dua tahun memegang jawatan dalam Persatuan Alumni UNISSA.

    Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Alumni UNISSA yang berlangsung di Bilik Pusat Latihan L1.3, UNISSA pada 17 Disember lalu. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda