Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    33 AJK masjid terima surat lantikan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JUN – Seramai 33 orang ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Kilanas bagi sesi 2023-2025 telah menerima surat lantikan mereka pada majlis yang berlangsung di masjid berkenaan, kelmarin.

    Hadir sebagai tetamu kehormat bagi menyampaikan surat-surat lantikan ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Majlis telah dimulakan dengan penyampaian surat lantikan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof sebagai Penaung I.

    Dengan adanya AJK takmir masjid itu, ia diharapkan dapat membantu pegawai masjid dalam fungsinya untuk mengurus tadbir, merancang dan melaksanakan aktiviti imarah masjid secara terancang, bersistem dan teratur serta sempurna.

    Selain itu, ia dapat memupuk budaya bermuafakat dan kerjasama dalam membuat serta melaksanakan program-program yang dianjurkan dan dirancang oleh Masjid Kampung Kilanas sebagai salah satu wadah dakwah dan penambahan ilmu.

    Semua ahli jawatankuasa takmir yang telah dilantik diharap agar sama-sama meningkatkan usaha, semangat serta azam dalam kesepakatan dan bekerjasama bagi menambah baik apa jua kekurangan dalam usaha membawa hala tuju untuk menjadikan Masjid Kampung Kilanas sebagai salah sebuah masjid yang proaktif dalam pelbagai bidang.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi dan Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim hadir pada majlis tersebut. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    Majlis penyampaian surat lantikan berlangsung semalam di Masjid Kampung Kilanas. – Gambar oleh Yusrin Junaidi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda