Sabtu, 22 November 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    33 belia sertai aktiviti asah kemahiran fotografi

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OGOS – Seramai 33 peserta belia menyertai aktiviti PhotoWalk Belia sempena Hari Fotografi Antarabangsa yang berlangsung di Ruang Tengah Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan sekitar Bandar Seri Begawan, kelmarin.

    Aktiviti yang dianjurkan oleh Pertubuhan Fotografi Negara Brunei Darussalam (PFNBD) bersempena Hari Fotografi Antarabangsa dibukakan penyertaan kepada belia berumur 15 hingga 35 tahun.

    Selain penyertaan daripada peserta belia, aktiviti itu juga dihadiri oleh penasihat-penasihat PFNBD.

    Pada mulanya, peserta-peserta PhotoWalk dilepaskan oleh Yang Di-Pertua PFNBD, Pengiran Haji Sulaiman bin Pengiran Md Salleh sebelum peserta diiringi dan dibimbing oleh ahli-ahli Pertubuhan Fotografi yang menjadi mentor kepada mereka sepanjang aktiviti berkenaan.

    Selepas menghabiskan laluan di sepanjang Bandar Seri Begawan, para peserta menghantar gambar yang diambil untuk dihakimkan dan tiga tempat teratas akan diberikan hadiah semasa Majlis Malam Penghargaan Pertubuhan Fotografi yang akan diadakan pada 23 Ogos nanti.

    Selain daripada PhotoWalk, kesinambungan daripada acara itu merupakan Sesi Perkongsian iaitu sesi kongsisama dan kritik daripada hasil PhotoWalk yang akan diadakan pada 17 Ogos nanti.

    Aktiviti yang dianjurkan itu merupakan sebagai sumbangan PFNBD kepada industri kreatif dan untuk mengenal pasti potensi belia untuk terus dibimbing supaya meningkatkan kualiti hasil fotografi mereka.

    Dengan sambutan yang menggalakkan terhadap aktiviti itu, ia mungkin akan dijalankan sebagai aktiviti tahunan PFNBD serta dihasratkan lebih ramai lagi agensi akan dapat memberikan sokongan dalam sama-sama menanai hasrat negara ke arah menuju Wawasan Negara 2035.

    Semua di atas: Antara aktiviti semasa sesi berkenaan. – Gambar serahan PFNBD

     

    Atas & Bawah: Antara aktviti semasa acara berkenaan.

    Sesi bergambar ramai semasa acara tersebut. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN PFNBD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda