Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    33 ikuti bengkel Life Saver 995

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JAN – Seramai 33 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Takmir Balai Ibadat Mukim Saba dan juga penduduk kampung telah mengikuti bengkel Life Saver 995 kelmarin.

    Bengkel anjuran Ahli Jawatankuasa Takmir Balai Ibadat Mukim Saba dan Majlis Perundingan Kampung (MPK), Mukim Saba diadakan di Balai Ibadat Mukim Saba dan dibimbing oleh dua pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Bahagian PRO Cawangan Operasi D.

    Bengkel yang julung kalinya diadakan oleh MPK kampung berkenaan, ianya antara lain bertujuan untuk memberi pengetahuan mengenai langkah keselamatan secara teori dan juga praktikal apabila berlaku kebakaran.

    Di samping itu, cara penggunaan alat pemadam api jenis ABC Dry Powder dan CO2 (Carbon Dioxide) juga turut diajarkan.

    Bengkel berkenaan diharapkan dapat mendedahkan para peserta kepada langkah-langkah yang betul dan selamat apabila menghadapi situasi kebakaran.

    Atas & Bawah: Penyampai bengkel menerangkan cara penggunaan alat pemadam api. – Gambar serahan MPK Mukim Saba
    Atas & Bawah: Antara peserta bengkel cuba menggunakan alat pemadam api.

    Gambar ramai peserta bengkel berkenaan.- GAMBAR-GAMBAR SERAHAN MPK MUKIM SABA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda