Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JULAI – Seramai 33 orang pemenang bertuah membawa pulang hadiah berupa baucar membeli-belah bagi Promosi Kad Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dengan Soon Lee Megamart dalam majlis penyampaian hadiah.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BIBD, hari ini, pemenang utama promosi berkenaan membawa pulang baucar membeli-belah bernilai $5,000 yang dibahagikan kepada baucar membeli-belah $2,500 setiap satu di Soon Lee dan Grand Concept.
Sementara itu, pemenang kedua membawa pulang hadiah baucar membeli-belah bernilai $3,000 yang dibahagikan kepada $1,500 setiap satu di Soon Lee dan Grand Concept serta pemenang ketiga membawa pulang baucar membeli-belah bernilai $1,000 iaitu $500 setiap satu bagi Soon Lee dan Grand Concept.
Manakala itu, seramai 30 orang pemenang lagi masing-masing membawa pulang hadiah baucar membeli-belah bernilai $300 yang dibahagikan kepada $150 bagi setiap Soon Lee dan Grand Concept.
Ketua Jualan dari Kumpulan Perbankan Runcit, Hajah Rohani binti Haji Mohd Salleh telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi pihak BIBD dan menyampaikan hadiah bagi pihak Pengurusan Soon Lee Megamart ialah Pengurus Eksekutif, Eddy Ong.
Semasa Promosi Meriah Together yang berlangsung dari 1 April hingga 30 Jun, setiap transaksi yang diluluskan atau pembelian di cawangan-cawangan Soon Lee yang mengambil bahagian menggunakan kad debit dan kredit BIBD adalah layak untuk menyertainya.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/07/P5-A_19072023.jpg)