HONOLULU, 29 MAC – Pihak berkuasa Hawaii kelmarin berkata mereka telah merujuk 33 orang kepada penguatkuasa undang-undang Amerika Syarikat selepas kumpulan itu didakwa mengganggu sekumpulan ikan lumba-lumba liar di perairan di luar Pulau Besar.
Berenang dalam jarak 45 meter daripada ikan lumba-lumba Spinner di perairan berhampiran pantai Hawaii adalah melanggar undang-undang persekutuan.
Larangan itu berkuat kuasa pada 2021 di tengah-tengah kebimbangan bahawa ramai pelancong berenang bersama ikan lumba-lumba sehingga haiwan nokturnal itu tidak mendapat rehat yang diperlukan pada siang hari untuk mencari makanan pada waktu malam. – AP