Monday, March 10, 2025
32.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    33 sertai derma darah anjuran ETSSB

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 10 MAC – Exceltech Solutions Sdn Bhd (ETSSB) berjaya menganjurkan kempen drama darah buat kali kedua baru-baru ini.

    Kempen yang diadakan di ibu pejabat ETSSB di Seria dan diketuai oleh Penasihat HSSE ETSSB, Farah Firzanah Yazid Imran, bertujuan untuk menyokong Hospital Suri Seri Begawan dan menggalakkan pendermaan darah secara berkala.

    Seramai 33 orang telah tampil menderma dalam kempen berkenaan menghasilkan 22 pain darah terkumpul.

    Antara yang turut menderma adalah Pengarah Urusan Exceltech Solutions, Awang Hafriz Fayadh yang mana beliau turut menyampaikan penghargaan kepada pasukan perubatan Hospital Suri Seri Begawan sebagai mengiktiraf dedikasi dan sokongan mereka.

    Kempen juga menyediakan pemeriksaan kesihatan, proses pendaftaran yang lancar dan penjagaan selepas pendermaan demi memastikan keselamatan dan keselesaan untuk semua penderma.

    ETSSB turut menyatakan komitmen terhadap inisiatif yang sama dan sedang meneroka cara untuk mempromosikan lagi kempen berkenaan sekali gus mengembangkan kesannya.

    Antara peserta yang menderma darah dalam kempen berkenaan. 
    Sesi bergambar ramai dalam menjayakan kempen berkenaan. – – GAMBAR-GAMBAR OLEH ETSSB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda