Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    33 trak bantuan memasuki Gaza

    SEMENANJUNG GAZA, 30 OKT – Lebih daripada 30 trak bantuan telah memasuki Gaza kelmarin. Ia adalah konvoi terbesar ke wilayah Palestin yang dilanda peperangan sejak penghantaran bantuan bermula kembali lebih seminggu yang lalu, menurut maklumat dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

    Pertubuhan Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (OCHA) menyatakan 33 trak yang membawa air, makanan dan bekalan perubatan telah memasuki Gaza melalui lintasan sempadan Rafah dengan Mesir.

    “Ia adalah penghantaran bantuan kemanusiaan yang terbesar sejak 21 Oktober, apabila penghantaran terhad bermula semula,” menurut OCHA dalam kemas kini mengenai keadaan di Gaza pada awal hari ini.

    Sebanyak 117 trak telah memasuki Gaza melalui lintasan tersebut sejak penghantaran terhad kembali ke wilayah Palestin yang sesak dengan 2.4 juta penduduk, yang menghadapi pengepungan hampir sepenuhnya dan pengeboman Israel yang berterusan. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...