Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    333 ikan paus dibunuh dalam buruan tahunan

    TOKYO, 31 Mac – Armada pemburuan ikan paus Jepun kembali ke pelabuhan hari ini selepas pemburuan tahunan Antartika yang telah membunuh lebih 300 ekor mamalia itu ketika Tokyo melaksanakan program dengan tidak mengendahkan kritikan sejagat.

    Armada itu mula belayar menuju Lautan Selatan pada November lalu dengan rancangan untuk membunuh 333 ekor ikan paus minke, menyalahi moratorium seluruh dunia dan tentangan yang diketuai oleh Australia dan New Zealand.

    Armada itu mengandungi lima buah kapal, tiga darinya yang telah tiba pada sebelah pagi di pelabuhan Shimonseki di barat Jepun, menurut Agensi Perikanan negara itu.

    Lebih 200 orang, termasuklah anggota krew dan keluarga mereka, berhimpun di tengah hujan bagi upacara selama 30 minit di hadapan Nisshin Maru, kapal utama armada itu, menurut seorang pegawai kerajaan Bandar Shimonoseki.

    Dalam siaran akhbar, agensi itu menyifatkan misi itu sebagai “penyelidikan bagi tujuan mengkaji sistem ekologi di Lautan Antartika.” Namun para pencinta alam sekitar dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menggelarnya satu fiksyen dan berkata tujuan sebenar hanyalah untuk memburu ikan paus untuk dagingnya.

    Kapal Nisshin Maru berlabuh di Shimonoseki selepas armada itu kembali dari pemburuan ikan paus di Antartika. – AP
    Kapal Nisshin Maru berlabuh di Shimonoseki selepas armada itu kembali dari pemburuan ikan paus di Antartika. – AP

    Dalam menjangkakan kepulangan armada itu, badan amal perlindungan haiwan, Humane Society International menggesa bagi penamatan pembunuhan ikan paus oleh Jepun.

    “Setiap tahun Jepun meneruskan dengan pemburuan ikan paus saintifiknya yang disangsikan adalah satu lagi tahun yang mana haiwan-haiwan mengagumkan ini tidak perlu diperkatakan, menjadi korban,” kata Kitty Block, timbalan presiden eksekutif kumpulan itu.

    “Itu adalah kekejaman yang menjelikkan di atas nama sains yang mesti berakhir,” katanya dalam satu siaran.

    Jepun juga menangkap 333 ikan paus minke dalam musim sebelumnya yang berakhir dalam tahun 2016 selepas terhenti setahun ekoran perintah ICJ, yang mengatakan pemburuan itu penjelajahan komersial yang menyamar sebagai sains dan memerintahkan Tokyo menghentikannya.

    Di bawah Suruhanjaya Pemburuan Ikan Paus Antarabangsa (IWC) yang mana Jepun adalah antara negara yang menandatanganinya, terdapat moratorium tentang pemburuan ikan paus sejak 1986.

    Tokyo mengeksploitasi jalan keluar yang membolehkan ikan-ikan paus dibunuh bagi ‘penyelidikan saintifik’ dan mendakwa ia cuba membuktikan penduduk cukup besar untuk bertahan pada pengembalian semula kepada pemburuan komersial. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda