Monday, March 17, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    $337,707 Dikumpul untuk dana bantuan COVID-19

    Oleh Yusrin Junaidi

    Gambar serahan Kementerian Kesihatan.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 APRIL – Datastream Digital Sdn Bhd (DST) telah menyampaikan sumbangan berjumlah $337,707 untuk Dana Bantuan COVID-19 dalam sama-sama memberi sokongan menangani wabak di Negara Brunei Darussalam.

    Daripada jumlah berkenaan, sebanyak $150,000 adalah hasil sumbangan daripada DST manakala itu, sejumlah $187,707 lagi adalah hasil kutipan daripada pelanggan DST melalui pesanan ringkas dan aplikasi MyDST yang berjalan dari 27 Mac hingga 16 April lalu.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar telah menerima sumbangan berkenaan daripada Ketua Pegawai Eksekutif DST, Radin Sufri bin Radin Basiuni pada majlis yang berlangsung di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Selain sumbangan untuk dana berkenaan, DST juga sentiasa memberi sokongan padu kepada Kementerian kesihatan sepanjang krisis dengan memberikan kesedaran berterusan tentang kepentingan tanggungjawab sosial dan pencegahannya mengenai COVID-19 melalui media sosial, radio, SMS dan aplikasi MyDST.

    Ke arah itu juga, DST sebelum ini juga telah menyumbangkan sebanyak 25 set telefon bimbit dengan kad SIM MOBI dan 10 kad SIM Easi dengan tambah nilai untuk membantu inisiatif harian Kementerian kesihatan.

    Sebanyak 15 sambungan router Internet juga telah dipasang di Pusat Pengasingan Kebangsaan di Daerah Tutong yang bertujuan untuk memberi kemudahan Internet kepada pegawai dan kakitangan pusat berkenaan, command center dan juga memberikan kemudahan kepada para pesakit. Di samping itu, sebanyak 1,000 botol air mineral juga disumbangkan.

    Sumbangan yang diungkayahkan oleh pihak DST merupakan antara komitmen DST dan tanggungjawab sosial dalam sama-sama memberi sokongan menangani wabak COVID-19 di negara ini.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar ketika menerima sumbangan berjumlah $187,707, hasil kutipan daripada pelanggan DST melalui pesanan ringkas dan aplikasi MyDST yang berlangsung dari 27 Mac hingga 16 April lalu, daripada Ketua Pegawai Eksekutif DST, Radin Sufri bin Radin Basiuni pada majlis yang berlangsung di Kementerian Kesihatan, kelmarin. 
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham ketika menerima sumbangan daripada Radin Sufri.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda