Monday, February 24, 2025
21.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    338 guru sertai Sukan Ria

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Nov – Ahli Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-sekolah Ugama Brunei IV baru-baru ini menganjurkan Acara Sukan Ria bagi Guru-guru kawasan Brunei IV di Kompleks Sukan Sungai Kebun.

    Seramai 338 orang guru agama yang mengajar di sekolah-sekolah sekitar zon Brunei IV menyertai acara itu yang turut dihadiri tetamu khas, Pegawai Pengajian Islam Daerah Brunei IV di Jabatan Pengajian Islam, Hajah Noorsiah binti Haji Mohamad Noor.

    Beliau turut merasmikan acara sukan ria tersebut seterusnya menyampaikan hadiah dan piala kejuaraan.

    Sebanyak 18 buah sekolah agama dari kawasan terbabit menyertai acara sukan ria ini yang dibahagikan kepada empat pasukan rumah iaitu Rumah Merah, Oren, Hijau dan Biru. Juara sukan ria ialah Pasukan Rumah Merah yang diwakili guru Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Ummi Kalthum Al-Islam Mulaut, Sekolah Ugama Mulaut dan Sekolah Ugama Panglima Barudin Limau Manis.

    Sukan ria tersebut bertujuan merapatkan lagi hubungan silaturahim antara guru-guru selain melibatkan guru-guru dalam aktiviti riadah.

    Pasukan Rumah Merah yang menjuarai sukan ria bergambar ramai bersama tetamu khas.
    Hajah Noorsiah menyampaikan piala kepada pemenang.
    Guru-guru lelaki menyertai salah satu acara pada sukan ria itu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda