Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    33,914 di hari kedua Istana

    Oleh Rafidah Jumat, Hajah Saemah Kepli, Salawati Haji Yahya & Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jun – Seramai 33,914 telah berkunjung ke Istana Nurul Iman bagi menjunjung ziarah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta kerabat diraja yang lain pada hari kedua Istana Nurul Iman dibuka untuk kunjungan orang ramai, hari ini.

    Daripada jumlah itu, seramai 17,641 orang berkunjung pada sebelah pagi dan 16,273 orang lagi berkunjung pada sebelah petang.

    Berangkat sama menerima junjung ziarah daripada pengunjung lelaki pada sebelah pagi ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel serta kerabat diraja yang lain.

    Sementara itu, di ruang lain Istana Nurul Iman, mengiringi Baginda Raja Isteri untuk menerima junjung ziarah daripada para pengunjung wanita ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia berdua.

    Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja semasa berkenan menerima junjung ziarah sempena Aidilfitri di Istana Nurul Iman. – Gambar oleh Infofoto
    Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja semasa berkenan menerima junjung ziarah sempena Aidilfitri di Istana Nurul Iman. – Gambar oleh Infofoto
    Baginda Sultan semasa berkenan berangkat menerima junjung ziarah sempena Aidilfitri di Istana Nurul Iman.
    Baginda Sultan serta kerabat diraja semasa berkenan menerima junjung ziarah sempena Aidilfitri di Istana Nurul Iman. – Gambar oleh Dean Kassim.
    Baginda Sultan serta kerabat diraja semasa berkenan menerima junjung ziarah sempena Aidilfitri di Istana Nurul Iman. – Gambar oleh Dean Kassim.

    Baginda Raja Isteri semasa berkenan menerima junjung ziarah sempena Aidilfitri di Istana Nurul Iman.

    Baginda Raja Isteri semasa berkenan menerima junjung ziarah sempena Aidilfitri di Istana Nurul Iman.

    Paduka-paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia semasa berkenan menerima junjung ziarah sempena Aidilfitri di Istana Nurul Iman. – Gambar oleh Dean Kassim.
    Paduka-paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia semasa berkenan menerima junjung ziarah sempena Aidilfitri di Istana Nurul Iman. – Gambar oleh Dean Kassim
    YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah semasa berkenan menerima junjung ziarah sempena Aidilfitri di Istana Nurul Iman. – Gambar oleh Infofoto.
    YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah semasa berkenan menerima junjung ziarah sempena Aidilfitri di Istana Nurul Iman. – Gambar oleh Infofoto

    Pada sebelah petang, mengiringi Baginda Sultan untuk menerima junjung ziarah daripada pengunjung lelaki ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir; YTM Duli Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim; YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel berserta kerabat diraja yang lain.

    Di ruang lain istana, mengiringi Baginda Raja Isteri untuk menerima junjung ziarah daripada pengunjung wanita ialah YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; YTM Pengiran Anak Puteri ‘Ameerah Wardatul Bolkiah; YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

    Majlis Terbuka Istana hari ini menyaksikan pengunjung terdiri daripada anggota beruniform, pegawai dan kakitangan kerajaan dan swasta, ahli-ahli persatuan dan orang ramai yang datang berkunjung untuk sama-sama berjunjung ziarah kehadapan majlis Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain.

    Sebaik tiba di pintu masuk Istana Nurul Iman, pengunjung terlebih dahulu perlu melepasi sistem keselamatan dan prosedur pakaian sebelum dibenarkan memasuki ruang dalam istana.

    Pengunjung diberi kupon bagi membolehkan mereka mendapatkan cenderamata kenang-kenangan sempena kunjungan ke istana terbuka.

    Pelbagai hidangan dan minuman turut disajikan kepada pengunjung sebelum mereka beratur untuk berjunjung ziarah kehadapan majlis Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain.

    Esok merupakan hari terakhir Istana Nurul Iman dibukakan kepada kunjungan orang ramai iaitu dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dan dari jam 2 hingga 4 petang.

    Majlis Terbuka Istana Nurul Iman diadakan setiap tahun dengan Hari Raya pertama dikhaskan untuk pembesar negara, orang kenamaan dan diplomatik asing sementara hari kedua hingga keempat akan dikhaskan untuk kunjungan orang ramai.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda