Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 APRIL – Kementerian Kesihatan meneruskan lagi Majlis Bertadarus Al-Quran (Juzuk 17) yang diselajurkan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah serta penyampaian derma kepada anak yatim sempena bulan Ramadan yang berlangsung di Surau Nuurul ‘Inayah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian derma kepada 34 anak yatim kalangan kakitangan Hospital RIPAS ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.
Majlis bertadarus itu adalah salah satu aktiviti keagamaan tahunan yang diadakan secara bergilir di keempat-empat daerah dalam sama-sama menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang penuh rahmat ini.



