Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    34 hadir program latih kepimpinan pelajar

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 19 JUN – Dengan matlamat untuk memupuk nilai integriti, tanggungjawab dan empati ke dalam diri pelajar Sekolah Rendah Awang Haji Mohd Yusof Katimahar, Kluster 4 di bawah Unit Disiplin dan Tatatertib telah menganjurkan Program Kepimpinan yang berlangsung di Pantai Seri Kenangan Daerah Tutong, baru-baru ini.

    Program yang melibatkan 34 orang pelajar yang terdiri daripada prefek lelaki dan perempuan Tahun 4, 5 dan 6 sekolah berkenaan dan diketuai oleh Dayang Nur Iman Sufina binti Mohd Noh selaku Ketua Pengawas Unit Disiplin dan Tatatertib serta dipengerusikan oleh Guru Kanan Pentadbiran, Awang Mohamad Niah bin Hashim.

    Salah satu pengisian program berkenaan ialah beberapa aktiviti menarik berkonsepkan kepimpinan kepada para peserta yang disediakan guru kaunseling jemputan, Dayang Salwina.

    Dengan tema Membina Pemimpin Muda Berwawasan, program berkenaan bertujuan meningkatkan kemahiran komunikasi, kerjasama dan cara penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar. Di samping itu, program itu juga memberikan peluang kepada pelajar-pelajar untuk berkongsi idea dan pengalaman antara satu sama lain.

    Gambar ramai peserta program berkenaan. – Gambar serahan SR Awang Haji Mohd Yusof Katimahar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda