Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    34 jatuh sakit dalam penerbangan dari Guam ke Jepun

    CHIBA, 8 NOV – Seramai 34 penumpang dalam dua penerbangan yang membawa sekumpulan pelajar sekolah menengah dari Guam ke Jepun mengalami gejala disyaki akibat keracunan makanan, lapor agensi berita Kyodo, memetik pegawai perkhidmatan kecemasan tempatan.

    Menurut pejabat lapangan terbang Narita dan pihak berkuasa dari Wilayah Chiba, berhampiran Tokyo, 16 orang berada dalam Penerbangan 942 Japan Airlines dan 18 lagi dalam Penerbangan 873 United Airlines, yang kedua-duanya mendarat di lapangan terbang Narita semalam. Antara simptom yang dialami penumpang seperti muntah-muntah, 14 penumpang dibawa ke hospital sebaik tiba.

    Beberapa penumpang dilaporkan berasa tidak sihat sebelum menaiki penerbangan, dan Japan Airlines memaklumkan kepada pegawai lapangan terbang yang makanan dalam pesawat dipercayai bukan merupakan punca kejadian. – Bernama

    Asap dari kebakaran di landasan Lapangan Terbang Sydney, Australia, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda