Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    34 negara enggan benarkan Rusia, Belarus sertai Olimpik

    PARIS, 21 FEB – Tuan rumah Sukan Olimpik 2024, Perancis adalah antara 34 negara yang meminta Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) melarang atlet Rusia dan Belarus menyertai temasya sukan itu. 

    Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia juga mahu atlet dari negara berkenaan dilarang menyertai Sukan Olimpik Paris 2024, lapor STATS Perform/dpa.

    Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan kelmarin, permintaan itu bedasarkan tindakan Rusia berperang tanpa provokasi dan tidak wajar menentang Ukraine, dibantu kerajaan Belarus.

    Awal bulan ini, menteri sukan Rusia, Oleg Matytsin berkata, “Tindakan negara-negara berkenaan untuk cuba mempengaruhi IOC tidak boleh diterima sama sekali.”

    Bulan lepas, IOC mengesahkan hasratnya untuk mengekalkan sekatan terhadap pegawai kerajaan Rusia dan Belarus menyertai Olimpik yang berlangsung di Paris, Perancis pada tahun depan, namun mungkin memberi peluang kepada atlet dari kedua-dua negara itu untuk bersaing di bawah bendera neutral.

    Dalam kenyataan pada kelmarin, 34 negara itu menyambut baik pengesahan sekatan oleh IOC namun cadangan untuk menimbang membenarkan atlet dua negara itu turut bersaing, menimbulkan banyak persoalan dan kebimbangan. – Bernama

    Rusia dan Belarus menerima tentangan dari 34 buah negara untuk mengikuti kejohanan Olimpik Paris pada tahun ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...