Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    34 paus mati terdampar di Tasmania

    SYDNEY, 1 DIS – Sekumpulan 34 ekor ikan paus pilot ditemukan mati terdampar di sebuah pantai di pulau Tasmania, Australia, menurut laporan media tempatan hari ini.

    Masih belum jelas mengenai punca insiden yang berlaku di kawasan terpencil di Semenanjung Freycinet, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik Program Konservasi Marin (MCP) negeri.

    “Penilaian awal oleh doktor haiwan terhadap ikan paus pilot itu tidak menemukan sebarang petunjuk signifikan atau tanda kecederaan. Kami tidak tahu sebab ikan paus itu mati dan lazimnya puncanya sukar untuk ditentukan,” menurut kenyataan itu.

    Menurut laporan media, bangkai ikan paus pilot itu ditemukan di Pantai Bryans pada Selasa lalu. Oleh sebab lokasinya yang terpencil, tidak praktikal untuk mengeluarkan bangkai dari pantai, kata MCP.

    Orang ramai diminta menjauhi kawasan berkenaan kerana bangkai ikan itu boleh menarik kehadiran ikan jerung dan menjadi kesalahan untuk mengambil atau memiliki sebahagian daripada ikan paus yang mati.

    Insiden ikan paus pilot mati terdampar bukanlah sesuatu yang jarang berlaku di Tasmania dan beberapa bahagian lain di Australia.

    Tahun lepas, lebih 200 ekor ikan paus pilot mati di Macquarie Bay yang cetek di barat Tasmania. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...