BANDAR SERI BEGAWAN, 5 FEB – Seramai 34 ahli telah menerima surat lantikan secara rasmi sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Pulaie pada Majlis Penyampaian Surat Lantikan AJKTMKP bagi sesi 2024-2026.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Mohammad Rosli bin Haji lbrahim sekali gus menyempurnakan penyampaian surat lantikan tersebut.
Penubuhan AJK itu bertujuan membantu pegawai-pegawai hal ehwal masjid dalammengimarahkan masiid dengan mengadakan aktiviti takmir masjid.
Ia meliputi pentakmiran secara keseluruhan khususnya aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pelaksanaan ibadah seperti sembahyang lima waktu, kuliah-kuliah ilmu, kelas mengaji Al-Quran dewasa dan kanak-kanak, bengkel Dikir Brunei, Ratib Al-Attas dan lain-lain lagi.
Majlis seterusnya menyaksikan penyampaian surat penghargaan kepada AJK Takmir Masjid Kampung Pulaie sesi 2022-2024 yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi) yang juga Penaung AJK Takmir Sesi 2024-2026, Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid.
terdahulu diberkati dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai, diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Imam Masjid Kampung Pulaie, Awang Mohd Zakaria bin Haji Mohd Salleh.
Turut hadir pada acara tersebut ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hisyam bin Haji Masri.