MANILA, 1 JAN – Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) mengumumkan hari ini bahawa sebanyak 340 kes kecederaan berkaitan mercun dicatatkan di seluruh negara sepanjang perayaan Krismas dan Tahun Baharu.
DOH menyatakan jumlah kecederaan yang direkodkan dari 22 Disember 2024 hingga 1 Januari 2025 ini adalah 34 peratus lebih rendah berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Menurut jabatan tersebut, hampir 60 peratus daripada kecederaan berpunca daripada mercun yang dilarang dan berkuasa tinggi.
DOH juga menyebut bahawa 239 daripada mangsa adalah individu berusia 19 tahun dan ke bawah. Daripada 340 kes tersebut, 299 adalah lelaki dan 41 wanita. – Xinhua