Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    35 kes baharu di Singapura

    SINGAPURA, 29 APRIL – Sebanyak 16 kes baharu COVID-19 jangkitan tempatan dan 19 kes import dilaporkan di Singapura dalam tempoh 24 jam, dikatakan sebagai jumlah tertinggi kes komuniti sejak Julai tahun lepas.

    Dalam data Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) berkata kes-kes ini adalah dalam komuniti, dan tiada kes baharu melibatkan asrama.

    MOH berkata antara kes hari ini adalah tujuh anggota keluarga kes 62517, yang merupakan seorang lelaki warga Singapura berumur 38 tahun yang bekerja sebagai Pegawai Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda