Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    35 pain darah berjaya dikumpul

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Feb – Sebanyak 35 pain darah berjaya dikumpulkan dalam kempen derma darah anjuran Kompleks Annajat dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) yang diadakan di kompleks berkenaan, hari ini.

    Kempen yang bermula 10 pagi hingga 2 petang dan disertai oleh orang awam itu antara lain bertujuan untuk membantu menambah bekalan darah untuk pusat berkenaan seterusnya untuk membantu pesakit-pesakit yang memerlukannya.

    Selain itu, ia juga bertujuan untuk menanamkan sifat keprihatinan terhadap penderitaan insan lain di samping meningkatkan kesedaran tentang perlunya untuk sentiasa mempunyai tubuh badan yang sihat serta mengamalkan gaya hidup sihat.

    Orang ramai tidak melepaskan peluang menderma darah bagi menambah bekalan darah Hospital RIPAS.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda