35 pelarian Libya diselamatkan di Pantai Mediterranean

KAHERAH, 28 FEB – Sebuah kapal komersial telah menyelamatkan 35 pelarian warga Libya di luar pantai Mediterranean dan membawa  mereka ke bandar, Tripoli, jelas agensi PBB.

Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) menyatakan bahawa pelarian itu, yang diselamatkan diberi bantuan perubatan dan barang keperluan setelah mereka turun.

“Menyelamatkan nyawa di laut adalah tanggungjawab moral dan kewajipan undang-undang.

Walau bagaimanapun tidak dapat diterima bahawa pelarian itu terus dikembalikan ke tempat yang tidak selamat,” kata IOM.

Libya, yang dalam keadaan huru-hara berikutan pemberontakan tahun 2011 setelah menggulingkan dan membunuh diktator Moammar Gadhafi, menjadikannya tempat transit utama bagi pelarian dari Afrika dan Arab yang melarikan diri dari peperangan dan kemiskinan, menuju ke Eropah.

Kebanyakan pendatang melakukan perjalanan yang berbahaya menggunakan bot getah yang tidak lengkap dan tidak selamat.

Sehingga Oktober lalu, kira-kira 19,000 pendatang telah tenggelam atau hilang di laluan laut sejak 2014, menurut IOM. – AP