Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    35 pemberontak Houthi maut di Yaman

    ANKARA, 8 Mei – Kira-kira 35 pemberontak Houthi terbunuh ketika bertempur dengan tentera Yaman di daerah Qataba, wilayah Al-Dhalea, lapor agensi berita Anadolu, memetik laman web rasmi Kementerian Pertahanan Yaman, September Net.

    Pasukan tentera nasional yang disokong beberapa kumpulan melancarkan serangan ke atas kedudukan puak Houthi di wilayah Hamrat dan Watta Al-Wa’al.

    Sekurang-kurangnya 15 yang lain cedera, kata sumber itu sambil menambah tentera turut memusnahkan dan merampas beberapa kenderaan dan peluru milik Houthi.

    Yaman dicengkam keganasan sejak 2014, selepas Houthi menguasai kebanyakan negeri termasuk ibu kota Sanaa.

    Krisis terus memuncak pada 2015 apabila sebuah gabungan tentera diterajui Arab Saudi melancarkan kempen udara besar-besaran, bertujuan menawan semula negeri dikuasai Houthi.

    Keadaan itu menyebabkan sebahagian besar infrastruktur asas musnah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan apa yang berlaku di Yaman sebagai “bencana kemanusiaan paling buruk dalam zaman moden”. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda