Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JULAI – Untuk membolehkan pensyarah memahami peranan guru sebagai pemimpin dalam bimbingan dan tunjuk ajar selain mendapatkan kemahiran penting untuk bimbingan dan tunjuk ajar, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli) telah mengadakan ‘Pantaran Ilmu 9’ di Pusat Pembelajaran Pelajar, baru-baru ini.
Dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Profesionalisme Perguruan (TPD), ia menumpukan kepada bengkel Pementoran dan Kejurulatihan yang dikendalikan oleh Pengetua Maktab Duli, Dayangku Hajah Nooramaliatifah binti Pengiran Haji Ahmad.
Bengkel yang disertai oleh 35 pensyarah maktab tersebut telah disusun khas untuk semua ketua kanan dan penolong ketua, ketua dan penolong ketua jabatan dan para penilai BTS
(Brunei Teachers Standards) -TPA (Penilaian Prestasi Guru).