Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    35 tamat Kursus Taklim

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 2 OGOS – Seramai 35 orang daripada pelbagai persatuan di Daerah Belait telah berjaya menamatkan Kursus Taklim Fiqh Al-Munakahat dan menerima sijil masing-masing pada majlis penutup yang diadakan di Pusat Dakwah Islamiah (PDI) Belait, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyaksikan kursus berkenaan dijalankan di pusat berkenaan dan menyampaikan sijil kepada para peserta ialah Pemangku Ketua Unit Dakwah di Daerah Belait, Hajah Salimah binti Haji Hassan.

    Kursus tahunan yang dianjurkan oleh Bahagian Penyebaran Dakwah PDI itu bertujuan untuk menyebarkan maklumat mengenai pengajaran agama Islam.

    Antara aktiviti yang diadakan semasa kursus berkenaan termasuk beberapa sesi taklimat yang disampaikan oleh pembentang jemputan dari Bahagian Penyebaran Dakwah.

    Hajah Salimah (kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda